Rasanya masih tidak terlambat untuk aku ucapkan tahniah kepada mereka yang baru memasuki dunia 'MAHASISWA'. Tahniah! Untuk kawan-kawan dari CFS, Tahniah kerana korang berjaya melalui halangan palinggggg susahhhhh. WELCOME to the Garden of Knowledge and Virtue. Boleh bye2 dah The 'GATE' of Garden Knowledge and Virtue tu. HEHE :P
Untuk yang kembali dari bercuti, Welcome back!!. Heee
Actually dah 2 minggu sesi semester baru bermula..
Agak sedih mengenangkan Semester sebelum yang agak hambar bagi aku. Maybe not my rezeki yet to be a part of my friend yang berjaya. I believes that, jika kita usaha separuh mati pun untuk dapatkan sesuatu, kalau dah ALLAH kata benda tu bukan untuk kita, kita tak ada hak untuk mendapatkannya. Apa yang penting kita terus berusaha dan berusaha disamping berdoa agar ALLAH permudahkan urusan kita.
Yahh.. aku stress pada mulanya. Manakan tidak, pelbagai usaha yang aku lakukan untuk dapatkan result yang baik. Tapi tak tau kat mana silapnya. Mungkin kena muhasabah diri balik kowt. :( Tapi, remember yang aku cakap sebelum ni, bersangka baiklah pada ALLAH. Mungkin 'A' tu bukan milik kita. Allah bagi kita C sebab mungkin kalau kita dapat A kita akan jauh dari Allah. (setiap perkara ada hikmahnya kan? ada rahsia yang hanya Allah yang tau)
This morning, ada seorang hamba Allah ajak aku pergi sarapan pagi. That person memang cemerlang dalam academic and society. Kalau sebut nama dia mesti semua orang kenal. haha...He my senior. Dia berkongsi tips dan cerita pada aku yang aku rasa wajar untuk dikongsikan bersama. Antara tips paling penting kalau kita nak berjaya di University dia kata:
- SAHABAT. Pilih lah sahabat yang dapat dekatkan diri kita pada Allah. Ingatkan kita pasal solat. Tak guna ramai kawan tapi tak ada yang membawa kita dekat pada Allah. Ingatlah AIM hidup kita didunia ni untuk mencapai Alfalah di Akhirat kelak. Maybe kita boleh bangga ada ramai kawan untuk ajak/teman makan, untuk kesana kemari, untuk itu dan ini. Tapi kawan tu sebenarnya cermin pada kita. Kalau sahabat kita tahfiz alQuran katakan, mudah-mudahan kita pown dapat tempias doa dari orang lain agar kita sama macam sahabat kita tu.
- SENANGKAN HATI ORANG LAIN. If somebody ask your help, try your best to help them. Walaupun kita mungkin susah dalam nak tolong dia, tapi sekurang-kurangnya kita cuba bantu sedaya yang boleh. Mungkin dari pertolongan kita tadi, dia sentiasa ingat kat kita dan tak lupa nak doakan untuk kita. Kalau orang "mengata"@tak suka kita, Forget it!!! Ingat tujuan hidup kita.
- DHUHA. Exactly, aku sokong 100% pasal ni. Try to do everday.
- MAKE SURE YOUR LECTURER REMEMBER UR NAME! Rapat-rapatlah dengan Lecturer. Sebab lecturer boleh membantu kita nanti. Lagipun, company-company akan refer pada lecturer untuk dapatakan pekerja. Sebab tu ada orang dah dapat tawaran kerja even belum habiskan study lagi pown
No comments:
Post a Comment