Salam readers,
Aku percaya sejahat-jahat seseorang manusia tu pasti ada ruang kecil dalam hati dia kata 'aku nak ke syurga'. Tanyalah agama lain pun, pasti mereka akan jawab: mereka percaya akan adanya syurga. (kecuali atheist lah kan). Contohnya Hinduism, mereka percaya kepada dharma. Selagi dalam kehidupan mereka tak melakukan kebaikan, mereka akan terus dihidupkan (mati--hidup--mati--hidup--mati) sehingga mati mereka pada kebaikan yang boleh menggabungkan mereka pada dharma (tuhan mereka). Buddhism pada Nirvana. (walaupun dioarang sendiri tak boleh explain secara specifinya apa itu Nirvana).
Macam mana pula kita orang islam??? Allah dah nyatakan dalam surah Al-Mumenoon:1-11 orang-orang yang layak mewarisi firdausNya. adalah:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
1: Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman.
2: (Iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya.
3: Dan orang yang menjauhkan diri daripada yang sia-sia.
4: Dan orang yang menunaikan zakat.
5: Dan orang yang menjaga kemaluannya.
6: Kecuali terhadap isterinya atau hambanya; maka tiadalah tercela.
7: Sesiapa mencari selain yang demikian itu [zina, homoseksual, dan sebagainya], maka merekalah orang
yang melampaui batas.
8: Dan orang yang memelihara amanah dan janjinya.
9: Dan orang yang memelihara solatnya.
10: Mereka itulah yang akan mewarisi,
11: Yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.
Semoga kita sudah meletakkan perkara-perkara yang boleh membawa kita mewarisi SYURGA FIRDAUS sebagai AIM yang kita akan cuba capai dalam hidup didunia ini.Sedangkan ketika ditanya kepada Aisyah R.A tentang Akhlak Rasulullah saw beliau menjawab: “Akhlaknya ialah Al Quran” kemudian beliau membaca ayat 1 hingga ayat 9 dari Surah Al Mukminun dan berkata: “Demikianlah akhlak Rasulullah s.a.w.”. (HR al- Nasa'i)
Reminder for myself: Hidup kat dunia ni hanya sementara, Hidupan diAkhirat adalah kekal selama-lamanya.
waallahhualam~
Semoga kita terus beristiqamah dalam beribadah.
DOA: "Ya ALLAH! bantulah aku untuk (sentiasa) mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk memperelokkan ibadah-ibadahku kepada-Mu."
Amin....
No comments:
Post a Comment