t.H.A.N.k y.O.u for spend your time to read this yawnful BlOG.

Thursday, September 27, 2012

HOW TO ENTER THE JANNAH?

Salam readers,

Aku percaya sejahat-jahat seseorang manusia tu pasti ada ruang kecil dalam hati dia kata 'aku nak ke syurga'. Tanyalah agama lain pun, pasti mereka akan jawab: mereka percaya akan adanya syurga. (kecuali atheist lah kan). Contohnya Hinduism, mereka percaya kepada dharma. Selagi dalam kehidupan mereka tak melakukan kebaikan, mereka akan terus dihidupkan (mati--hidup--mati--hidup--mati) sehingga mati mereka pada kebaikan yang boleh menggabungkan mereka pada dharma (tuhan mereka). Buddhism pada Nirvana. (walaupun dioarang sendiri tak boleh explain secara specifinya apa itu Nirvana).
Macam mana pula kita orang islam??? Allah dah nyatakan dalam surah Al-Mumenoon:1-11 orang-orang yang layak mewarisi firdausNya. adalah:




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
1: Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman.
2: (Iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya.
3: Dan orang yang menjauhkan diri daripada yang sia-sia.
4: Dan orang yang menunaikan zakat.
5: Dan orang yang menjaga kemaluannya.
6: Kecuali terhadap isterinya atau hambanya; maka tiadalah tercela.
7: Sesiapa mencari selain yang demikian itu [zina, homoseksual, dan sebagainya], maka merekalah orang
yang melampaui batas.
8: Dan orang yang memelihara amanah dan janjinya.
9: Dan orang yang memelihara solatnya.
10: Mereka itulah yang akan mewarisi,
11: Yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Semoga kita sudah meletakkan perkara-perkara yang boleh membawa kita mewarisi SYURGA FIRDAUS sebagai AIM yang kita akan cuba capai dalam hidup didunia ini.Sedangkan ketika ditanya kepada Aisyah R.A tentang Akhlak Rasulullah saw beliau menjawab: “Akhlaknya ialah Al Quran” kemudian beliau membaca ayat 1 hingga ayat 9 dari Surah Al Mukminun dan berkata: “Demikianlah akhlak Rasulullah s.a.w.”. (HR al- Nasa'i)
Reminder for myself: Hidup kat dunia ni hanya sementara, Hidupan diAkhirat adalah kekal selama-lamanya.
waallahhualam~


Semoga kita terus beristiqamah dalam beribadah.
DOA: "Ya ALLAH! bantulah aku untuk (sentiasa) mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk memperelokkan ibadah-ibadahku kepada-Mu."
Amin....

Friday, September 21, 2012

WELCOME TO IIUM

Salam readers....
Rasanya masih tidak terlambat untuk aku ucapkan tahniah kepada mereka yang baru memasuki dunia 'MAHASISWA'. Tahniah! Untuk kawan-kawan dari CFS, Tahniah kerana korang berjaya melalui halangan palinggggg susahhhhh. WELCOME to the Garden of Knowledge and Virtue. Boleh bye2 dah The 'GATE' of  Garden Knowledge and Virtue tu. HEHE :P
Untuk yang kembali dari bercuti, Welcome back!!. Heee

Actually dah 2 minggu sesi semester baru bermula..
Agak sedih mengenangkan Semester sebelum yang agak hambar bagi aku. Maybe not my rezeki yet to be a part of my friend yang berjaya. I believes that, jika kita usaha separuh mati pun untuk dapatkan sesuatu, kalau dah ALLAH kata benda tu bukan untuk kita, kita tak ada hak untuk mendapatkannya. Apa yang penting kita terus berusaha dan berusaha disamping berdoa agar ALLAH permudahkan urusan kita.
Yahh.. aku stress pada mulanya. Manakan tidak, pelbagai usaha yang aku lakukan untuk dapatkan result yang baik. Tapi tak tau kat mana silapnya. Mungkin kena muhasabah diri balik kowt. :( Tapi, remember yang aku cakap sebelum ni, bersangka baiklah pada ALLAH. Mungkin 'A' tu bukan milik kita. Allah bagi kita C sebab mungkin kalau kita dapat A kita akan jauh dari Allah. (setiap perkara ada hikmahnya kan? ada rahsia yang hanya Allah yang tau)

This morning, ada seorang hamba Allah ajak aku pergi sarapan pagi. That person memang cemerlang dalam academic and society. Kalau sebut nama dia mesti semua orang kenal. haha...He my senior. Dia berkongsi tips dan cerita pada aku yang aku rasa wajar untuk dikongsikan bersama. Antara tips paling penting kalau kita nak berjaya di University dia kata:
  1. SAHABAT. Pilih lah sahabat yang dapat dekatkan diri kita pada Allah. Ingatkan kita pasal solat. Tak guna ramai kawan tapi tak ada yang membawa kita dekat pada Allah. Ingatlah AIM hidup kita didunia ni untuk mencapai Alfalah di Akhirat kelak. Maybe kita boleh bangga ada ramai kawan untuk ajak/teman makan, untuk kesana kemari, untuk itu dan ini. Tapi kawan tu sebenarnya cermin pada kita. Kalau sahabat kita tahfiz alQuran katakan, mudah-mudahan kita pown dapat tempias doa dari orang lain agar kita sama macam sahabat kita tu.
  2.  SENANGKAN HATI ORANG LAIN. If somebody ask your help, try your best to help them. Walaupun kita mungkin susah dalam nak tolong dia, tapi sekurang-kurangnya kita cuba bantu sedaya yang boleh. Mungkin dari pertolongan kita tadi, dia sentiasa ingat kat kita dan tak lupa nak doakan untuk kita. Kalau orang "mengata"@tak suka kita, Forget it!!! Ingat tujuan hidup kita.
  3. DHUHA. Exactly, aku sokong 100% pasal ni. Try to do everday. 
  4. MAKE SURE YOUR LECTURER REMEMBER UR NAME! Rapat-rapatlah dengan Lecturer. Sebab lecturer boleh membantu kita nanti. Lagipun, company-company akan refer pada lecturer untuk dapatakan pekerja. Sebab tu ada orang dah dapat tawaran kerja even belum habiskan study lagi pown
 Semoga kita semua mendapat kejayaan (AL-FALAH) di Dunia dan Akhirat. Amin. ;)

Friday, August 10, 2012

Mengejar MALAM SERIBU BULAN.....


Salam Readers....
Diam tak diam kita dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan.
Oleh itu, sama-samalah kita berdoa agar kita dipertemukan dengan malam lailatul qadar.
Malam yang lebih baik dari seribu bulan yang ALLAH nak bagi pada hambanya yang bertakwa. Just for us! umat nabi Muhammad. ALLAH! Sungguh banyak rahmat yang Allah nak beri pada kita. Kita yang sedang bernafas sekarng ni pown adalah rahmat dari Allah. Andai Allah tarik Rahmat dia sekarang adakah kita akan sempat untuk bersahur/berbuka pada hari INI?
Say ALLHAMDULLILAH.
But im not going to say anything about 'kelebihan malam lailatul qadar' as everyone of us can only google it.
But im only want to share with all of u my experience doing Iktikaf at SHAS IIUM Masjid. Alhamdulilah. sangat meriah. memang kat masjid ni everyone berlumba-lumba untuk hidupkan malam 10 terakhir Ramdhan ni.
Ada family yang datang. Bapa bawa anak sama-sama beriktikaf. Kawan-kawan. International students yang dari pelosok tempat. Everyone gather in one roof for seek The Rahmat from ALLAH SWT. Masyaallah. experience yang tak akan dapat dilupakan.
Mungkin jikalau masjid-masjid diluar sudah kosong pada malam-malam Terakhir ni. tapi Alhamdullilah tidak disini. Moga ALLAH pertemukan kita semua dengan malam lalilatul qadar. Ameen.
BTW alhamdulilah Masjid provide sahur and iftar for public.
*p/s: student mcm aku jimatlah budget bulan pose mcm ni. hehe...

here im capture a few picture at Masjid:


aku tk taw nak gmbarkan macam mana suasana berqiammulail disini. So,aku just copy and paste dr FB status my senior di IIUM ONLINE:
Berqiamullail di Masjid UIAM, lebih ramai drp solat Tarawikh.
Seperti meremang bulu roma mendengar suara imam qiamullail yg membacakan ayat2 suci al-Qur'an. Terasa Roh Ramadhan itu meresap kedalam jiwa.

Apabila Solat Subuh, Masjid bergema dgn kalimah "Aaamiiiiinnn.." yg dilafazkan oleh para jemaah yg saya kira dalam 8 sof penuh muslimin yg terdiri drp pelbagai bangsa dan warna kulit drp serata dunia. Semua menyebutkan lafaz yg sama, menyembah ke tempat yg sama(Ka'bah) dan berimamkan imam yg satu.
Allah.. Nikmatnya beragama dgn agamaMu ya Allah.

Selesai solat Subuh, masjid terus bergema dgn alunan bacaan al-Qur'an. Sambil mulut melafazkan puji2an zikir kpd Allah, sambil mata melilau lembut melihat suasana masjid.

Di ruangan tengah masjid, terdapat halaqah al-Quran yg besar anjuran masjid. announcement dibuat oleh Imam agar halaqah2 kecil dibuat sesama mereka bg menghidupkan amalan sunnah Rasulullah SAW yg bertadarrus dgn Jibrail AS sepanjang bulan Ramadhan. maka bertebaranlah para jemaah membuat halaqah2 al-Qur'an sesama mereka. ada yg terdiri drp anak2 kecil, kawan2 senegara, dan sebagainya.

Di satu ruangan masjid berdekatan tiang sebelah kiri masjid, terdapat beberapa group usrah dijalankan dlm kuantiti yg kecil. masing2 khusyuk mendengar naqib menanamkan fikrah islam kedalam jiwa2 mereka yg kontang.

Sudut belakang masjid, terdapat sekelompok pelajar yg mungkin drp Asia Tengah membuat liqa' sesama rakan senegara mereka. berkumpul bg bertanyakan khabar dan mengikat hubungan antara mereka. membantu jika terdapat kesusahan.

di ruangan atas masjid tingkat 4,ada 2-3 budak kecil muslimat comel bertudung rapi lingkungan 6-7 tahun memanjat2 dinding penghadang bagi melihat suasana dlm ruangan masjid drp atas.. sekejap2 mereka mengintai, sekejap2 mereka berlari2 dibelakang bergurau..

Jam 7pg, tiba-tiba masjid bergema kuat dgn suara sekelompok pelajar membacakan al-Ma'thurat drp ruangan tingkat 3. terasa gemaan zikir yg dianjurkan oleh asy-Syahid Imam Hassan al-Baana itu membuka pintu2 kekebalan hati drp zulumat kpd Allah dan memberi semangat buat semua utk terus dlm agama ini. namun, semua khusyuk dgn ibadat masing2 drp mempedulikan bacaan itu.

Jam 7.15 pg, setelah didirikan solat sunat Syuruk, aku melangkah keluar masjid dgn hati yg indah dgn nilai2 ibadah kpd Allah. terasa megah beragama fitrah ini. Terasa betapa Allah itu Maha Bijaksana dlm mengatur bulan Ramadhan ini utk hamba2Nya beribadat.


BENARLAH KATA FUQAHA' "RAMADHAN ADALAH SEKOLAH TARBIYYAH".

Sunday, July 1, 2012

Robin Hood! HERO atau PeNjeNayah?

Salam Readers.
How are u guys today? hope ur day today full with blessing from ALLAH swt.
Ingatlah, masa lapang merupakan kealpaan manusia.

Entry kali ini bukannya nak cerita sangat pown pasal Robin Hood. As everyone know the stories right? yang mana Robin Hood ni mencuri dalam kalangan siKaya untuk manfaat siMiskin.
The point that i want to highlight is adakah perbuatannya itu BERMORAL? sehingga diangkat sebagai hero.
Pada pandangan aku, mencuri itu tetap satu dosa samada mencuri untuk 'kebaikan'. Same like MELACUR. Adakah halal hasil pelacuran itu? Hanya alasan semata-mata untuk mencari sesuap nasi.. sedangkan banyak lagi cara yang boleh diusahakan.
*renung2 kan lah

Okay. That's not my Point.
Sape-sape kat sini adalah peminjam PTPTN? sila angguk depam screen anda. haha :P
Btw, as we all know that PTPTN ada mengenakan Ujrah (islamic name) kononyer halal lah kan concept tu. BTW ingatlah apa-apa sahaja yang berunsur RIBA yang diberi perlbagai nama seperti : Bunga (konon2 eco friendly lah letak nama bunga niyh), Faedah, dan sebagainya TETAP HARAM!!! sesuai dengan firmanNya yang ALLAH dah perincikan dalam ayat 275 – 281 Surah Al Baqarah. Antarnya ialah:

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa ssungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba.” Padahal Allah S.W.T telah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambil dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah S.W.T. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

menerima atau memberi RIBA adalah haram ya wahai sahabat-sahabat.
cuba renungkan bersama, berkat ke ilmu kita selama ini? walaupun kita anggap, "ahhh.. small matter bro!" ya.. sekecil-kecil perkara pun akan jadi besar bila kita berhadapan dengan ALLAH s.w.t nanti.

Selain PTPTN ada banyak lagi cara lain yang korang boleh apply for education loan. Yayasan setiap negerikan ada. Alhamdulillah to say, aku dapat pinjaman dari Kerajaan Negeri Selangor. Memang sebelum ni aku plan nak ambil saje PTPTN, Tapi after the lesson kelas Fiqh Eco 1 hari tu, aku belajar itu dan ini. Berdosakan kalau kita tahu benda tu haram tapi still nak ambik.

sangat terkilan dengan mahsiswa yang cakap :"tak ada pilihan lain"
yaa.. memng boleh kalau dah terpaksa kan. nak buat macam mana. Tapi atleast USAHA cari alternative lain dulu. Dah usaha sungguh-sungguh kalau tak dapat nak buat macam mana. mohon pada ALLAH dipermudahkan segalanya. Selagi boleh elak, kita elak.

So sesiapa anak selangor or dah stay lama kat selangor boleh apply pinjaman boleh ubah ni http://tkwbns.selangor.gov.my


3.25 and above --> 75% jer byr balik
3.75 and above --> tak payah bayar balik. dah jadi biasiswa untuk korang. as hadiah kerja keras korang kat Universiti.

100% dijamin tiada interest. only admin fees. hee ;)

bukan nak promote ke apa ya. (mentang2 pilihan raya nak dekat kan) tapi nak sebar-sebarkan. tahun ni kerajaan negeri buka 2000 tempat. im was 750 orang terawal. AUGUST ni diorang buka yang second pada sape-sape yang nak apply.
so ambil lah kesempatan yang ada ni.

p/s: sangat kagum bagaimana Selangor menguruskan economi.
apa yang dapat itu yang dibelanjakan. tiada istilah DEFICIT.
(budak economi taw lah ya)

Saturday, June 2, 2012

manusia itu sifatnya PELUPA

Salam Readers,
Hari ini ALLAH anugerahkan kita 86 000 saat. Sudahkh kita gunakan 1 dari 86 000 tu untuk ucapkan ALHAMDULLIAH??? aLHamdullilah- Segala puji bagi Allah.


Syukur atas:
1) denyutan Jantung kita pada hari ini.
2) nikmat Oksigen yang kita sedut hari ini.
3) nikmat makan kita pada hari ini.
4) nikmat ilmu.
5) nikmat kesihatan kita pada hari ini.
6) nikmat pancaindera kita. boleh tengok tv, on9, membaca, bercakap, 'mengumpat', berjalan dan sbgnya.
7) nimat-nikmat lain yang tak terkira ALLAH dah bagi kita pada hari ini.
Alhamdullilah. terima kasih Allah.

Satu hari ni aje, Allah dah bagi kita macam-macam NIKMAT yang kalau tanpanya kita mungkin ''x gembira''. Tapi Allah x minta APA-APA dari kita sebagai balasan. Ya lah, kalau dalam sistem economic kita ada belajar - 'no free lunch' yang bermaksud tiada apa yang percuma. kalau ada pown barang percuma mesti ada KOS. kecuali 'natural resouces yang x ada 'pengurusannya' :P

Oleh itu, sebagai manusia yang Allah dah beri kita Akal, kita boleh berfikir, betapa ar-rahman dan ar-rahim nya ALLAH. Allah pernah berkata... 'lihatlah nikmat2 yang aku beri sehingga kamu letih untuk memikirkannya.'

Jadi tunaikanlah solat dan tinggalkan perkara-perkara LaranganNya sebagai tanda kita berterima kasih pada ALLAH. (itu juga adalah kewajipan kita sebagai muslim) Mudah bukan? Kalau kita terasa sukar, cuba fahami surah Al Fatihah, kita minta pada allah "berikanlah aku jalan yang lurus". kerana hidayah sudah ada tetapi mungkin hijab kita masih lagi ditutup SYAITAN. Berdoalah!. sesungguhnya Allah suka akan HAMBANYA yang berdoa.

Kita hanya ingat Allah ketika kita rasa SUSAH, SEDIH dan SEPI. Itu mememang lumrah Manusia, sebab itu kalau dalam lagu Afghan- bersujud padamu:

'Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud'

Then if anda teringat pada ALLAH, terus sahaja Berdoa padaNya. kerana ALLAH suka hambaNya yang bertaubat dan berdoa padaNya.
Pi LANTAK lah depa yang kata 'dah susah baru ingat Allah'. siapa mereka untuk berkata begitu.? Sekurang-kurangnya kita masih percaya ALLAH masih sayangkan kita.
Tak mungkin DIA bagi musibah & kesedihan pada kita kalau bukan untuk mendekatkan kita pada-Nya.

waallahhualam~

Saturday, May 19, 2012

I aSking ALLAH to gIve Me a FLOwER.. But I Get CaCtUS.

Salam readers,

DOA! Doa adalah senjata Muslim! what it is mean?
it is mean that, we believe that ALLAH is near to us. hear us! di bumi Allah ini, kita bukan Peracang yang berjaya. KIta merancang tapi yang menentukan semuanya adalah pencipta kita, ALLAH. Pernah dengar tak satu kisah tentang Doa?

One day, ada seorang hamba bermohon pada Allah. "ya Allah berikanlah aku sekuntum bunga yang cantik dan rama-rama yang cantik". Dia berterusan Berdoa. SETIPA HARI!
Seminggu kemudian, ALLAH beri dia sebatang pokok Kaktus. Yang berduri tajam dan tak cantik langsung. Dia mengadu pada Allah "ya Allah, aku inginkan pokok yang akan berbunga CANTIK bukan BERDURI begini". Dia merasakan DOAnya TIDAK didengari ALLAH. Lalu dia berputus asa pada Doanya sendiri. Dia tetap menyimpan pokok kaktus tersebut. Berhampiran pokok kaktus ada pokok lain yang berulat. 2 minggu kemudian.. pokok kaktus yang dikatakan buruk itu mengeluarkan sekuntum bunga yang cantik disisinya, dan seekor ulat tadi telah menjadi RAMA-RAMA yang cantik. Si pemudi tadi berasa takjub dan gembira kerana KINI dia memperoleh BUNGA dan RAMA2 yang cantik. DOANYA didengari dan telah DIMAKBULKAN ALLAH! subbahanallah!
Moral of the story: Allah mungkin tak akan bagi direct apa yang kita minta. Sebab ALLAH akan bagi apa yang kita perlu. DIA yang menciptakan kita, DIA maha mengetahui apa yang TERBAIK UNTUK KITA! Selalunya kita tak pernah perasan sebenarnya DOA kita dah dimakbulkan Allah. Same like we ask ALLAH a LOtttttt of MONEY to make we feel haPPy, but Allah give we just a enough money. Sebab kita rasa dengan Wang kita akan Bahagia tapi ALLAH tahu perkara lain yang boleh buat kita rasa Bahagia.

Actually mukadimah ni nak cerita tentang sahabat aku. Subahanallah, dulu dia dalam kedukaan kerana he might thing that, Allah tak makbulkan permintaan dia tapi Kini sahabat aku tu didalam Rahmat ALLAH. DIAlah pernacang terbaik.
Masa kat CFS (Pusat ASASI) dulu, tak semua orang rasa senang. Ramai yang gagal teruskan perjuangan untuk enter Main Camp for Degree. Aku tak terkecuali merasa KESUKARAN tersebut. Yelah, bukan mudah duduk sinikan? hanya Allah sahaja yang tahu. Sahabat aku tu tak putus berjuang hingga saat terakhir (final) bersama-sama. Tapi Allah bagi rezeki kat Aku untuk terus berjuang pada landasan yang diberi. Kawan aku sebaliknya. Setiap masa dia akan berusaha, berdoa dan terus mencari jalan agar dia teruss berada dilandasan sama seperti aku. Tapi usahanya tak berjaya.
TAPI, Allah beri dan buka Rezeki lain untuk dia. ALLAH beri something yang dia rasa tak best tapi sebenarnya ITULAH sebaik-baik untuk dia. And now dia dah boleh coop with the new environment, dan itu lagi mudah jalannya dibandingkan jika dia memilih landsan yang sama dengan aku. Kita tak tau rezeki setiap orang. Itu adalah Rezeki dia untuk hari ini dan masa hadapan. ALAHAMDULIILAH.
iNGAT lah setiap bayi yang lahir dibumi ALLAH ini telah ditetapkan jodoh. rezeki dan kematian nya. Apa yang perlu adalah kita Berusaha dan berdoa Pada ALLAH agar diberikan kita Rahmatnya.
~waallahualam.

(p/s: huaaaaa final exam!!! :( Tak mudah! Ya ALLAH permudahklan urusan hambamu. aku hampir tersungkur! tak mahu rasanya sejarah berulang. ALpa adalah penyakit utama! jauhilah aku darinya Ya ALLAH!)

Thursday, April 26, 2012

Bulatan Gembira??

Salam.
For a long time im not updated my blog.
Macam dah tak ada skill nak menulis dah.. Huh..

BTW, hari ni 1st day aku join 'bulatan gembira'.
im never have experience before this. Sebelum ni pown tengok kat youtube jer yang pertandingan OSEM tuu.
Macam best kan.. yahh maybe. i dont know yet. Hope akan mendekatkan diri yang 'zero' ni dekatttt pada ALLAH. Insyallah.

korang taw tak apa itu bulatan gembira?
bulatan gembira tu = usrah.
dalam usrah kita macam Family (usrah sendiri bermaksd keluarga).
Ada makan-makan, main-main (hehe) perkongsian ilmu dan sebgainya. yang boleh mendekat diri kita pada ALLAH. Berkasih sayang pown kerana Allah. Jomlah join usrah!

1st day:
me: send a text messege : salam. brother, saya berminat lah nak join usrah. mcam mana ya?
brother : w'salam. Alhamdulilah. ptg ni free? makan2 jom?

me: errr.. makan2 lah pulak. ntah sape2 ntah brother ni.. (dengan persaan penuh curiga, takut, risau) aku pown balas: Insyallah, kat mana ya?
Brother: kat (sekian2).. ahha *luar uia lah ya

first day tuu aku diperkenalkan dengan ramai orang, i cant remember ALL. itulah masalah aku dri dulu. susah nak ingat nama orang. huhu.
But mereka semua orang yang hebat-hebat. i even cant answers their question yang sangat ilmiah and educated tu. tapi semua akhi2 tu baik-baik belaka. aku jer pendiam. huhu.. malulah.. :P

Terima Kasih lah pada mereka yang sudi belanja makan hari ni. hehe ;)

wait for next event...

tears of Gaza! everyone SHOULD watch tHis sTories!!

http://www.youtube.com/watch?v=r5-mhBWBfDg

Thursday, February 9, 2012

kosong

Kosong...
dalam kesesakan aku keseorangan
mana pergi sang sahabat? dimana kau?
apakah aku dengan dosa lalu ku... ?

hatiku kosong..
hanya gema dijiwaku..

menangis..
menangisi mungkin akan nasibku..
mahupun kerna sikapku...

mencari kekasih..
yang entah dimana.. yang entah siapa..

aku menangis
kerna sang kekasih sudah lama berada dihatiku
aku membiarkannya..

didalam sujud aku ketemu kekasih sejatiku,
sahabat sejatiku...
PENCIPTA agung.
yang tak pernah meninggalkan aku..
tatkala aku merasa sunyi..
DIAlah temanku..
pendengar setiaku..

tangisku padaMu
kerna malu akan diriku..
yang selalu melupakan
kekasih SEJATI

aku tenang dalam dakapanMu,
ENGKAU memahamiku,
yang selalu dipinggir
dan kini tersisih....

berikanlah aku kekuatan
menghadapi saat
kesepian dalam kesesakan

aku tak punya siapa,
tapi DIA!



mahallah al-Faruq, IIUM

Salam readers,
Alhamdulilah, im done ta'aruf program (ORIENTASI) that almost a week.
A lot of breafing, talk and etc. ZzZzZZ.. Tapi Taaruf committees that i saw are very committed to their duties. :) congratz to them. Sangat impress pada multimedia biro mereka. Very up to date. aha ;)

Here, i have a picture of my Mahallah (hostel/room) :

welcome to Mahallah al-Faruq, IIUM Gombak;
my compartment/room: (kecik je. tapi cukuplah untuk sorang)
my wardrobe: (lagi besar dari nilai okay! aha)
Alhamdulilah, kelas baru nak bermula.. Hope i can achieve my dreams, my parents and family hope and the most important get a REDHA from Allah s.w.t. Ameen :)

Saturday, January 21, 2012

seperti baru PERTAMA KALI.


Salam readers,
Alhamdulilah. Finally! Dapat seperti yang diminta.
BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION (HONOURS).

Ramai yang tanya aku: "kenapa pilih Business?" or "kau ada business ker?" or "kalau ambil Business boleh pergi mana jer nanti dah kerja?" AND "Business susah dapat kerja kowt. orang tak pandang!"
My answer: yahh? really? its okay, aku MINAT dan Insyaallah Rezeki ALLAH ada dimana-mana sahaja. Yang penting berusaha sungguh-sungguh dan bertawakal. Aku yakin! Setiap orang ALLAH dah tentukan rezeki masing-masing. Dan tak semestinya 'antuma' semua yang pilih accountant ker finance ker apa-apa bidang lah boleh senang-senag dapat kerja ya!

Okay. In IIUM, if u take BBA korang boleh majoring in : --->
  1. Human Resources Management
  2. Finance
  3. Marketing
  4. International Business
  5. Islamic Banking and Finance
  6. General Managemet
And you also can minoring in : --->
  1. Accounting
  2. Information Systems
Reminder: before you can majoring or minoring in any area/field, you must COMPLETE 1 year to study BASIC! All 8 subjects to complete. Aha. So if u are CFS IIUM Graduated students pown kena lah belajar balik ya. (macam buang masa kan?)
Tapi apa pown aku BERSYUKUR atas peluang yang diberi. Insyaallah permulaan DEGREE dimulakan dengan semangat.!!
Another one, sebab apa 4 TAHUN ya DEGREE in IIUM? Because anda bukan hanya belajar subject Course majoring je, tapi ada banyak lagi subject that you have to learn and can practice in your daily life as Muslim/Muslimah. Insyallah. Ilmu yang diredhai dunia dan akhirat.

Insyallah 4 years from now i will graduate from IIUM :
BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION (HONOURS)
(Islamic Banking and Finance)

Ameen. :)


Sunday, January 15, 2012

STUDY EXPRESS

Salam readers,
Alhamdulilah aku berjaya jugak menamatkan pengajian di Pusat Asasi UIAM. Tapi bukan senang nak GRADUATE dari situ (for me lah yang tak berapa nak bijak ni lah kan).
One and half year, almost 2 years. I am the last generation of CFS IIUM Nilai Campus (cewah)! Nilai Campus now OFFICIALLY CLOSE!
But, that not my point for this entry.

MENTALITY! yah that is my Priority!
Mentality as a student like me. Kebanyakan daripada kita pasti berfikiran bahawa kita mesti TAMAT@GRADUATE as FAST as POSSIBLE. Yahh.. lepas graduate, KERJA ----> KAHWIN ---> then WHAT??

Im shared my worried to my friend,: "weyh aku rasa stress masuk degree lambat ni. Kawan aku jadi SUNBAE (senior) aku dah. Asasi jer pown dah ambl masa yang lama. Budak Diploma sekarang pown lagi cepat dari ASASI. USELESS masuk sini (means 'sini': UIA)!"
Then he Positively reply: "Im OLDER than you. Im ex-foundation and now still study for DIPLOMA. I FAIL my foundation studies. But, greatly im found my path now! Belajar bukan dilihat berapa cepat kau habis, tapi berapa banyak ilmu yang kau belajar --> practice --> apply in your life!"

Anda betul! pergi interview diorang tengok qualification, tengok COCU then tengok your personality masa interview tu. Korang habis studies awal ke lambat ker tak ada majikan yang nak ambil tahu in details. Yang penting kita belajar something yang kita boleh bawa --> Kita boleh Faham --> Kita boleh gain something from that knowledge/subject.

Study 4TAHUN kalau dapt cgpa 4.00 each semester pown bagus jugak kan. Amin! :)

Tapi tekanan dari orang sekeliling buatkan kita menjadi HAMBA pada SISTEM PENDIDIKAN! We learnt just for taking EXAM! Tak rasa pown seronok belajar tu. Belajar sekarang dianggap sebagai BEBAN untuk LULUS/CEMERLANG! Lain tau ilmu yang kita enjoy belajar dengan ilmu yang kita belajar just for pass in Exam.

p/s: therefore i seek for your cooperation untuk tak tanya "eh bila nak habis?" or say something in 3 years future "eh! degree lagi ker? tak habis2!?" tolonglah faham, AKU NAK BELAJAR YANG AKU BOLEH ENJOY AND PRACTICE IN THE REAL WORLD! bukan sekadar JAWAPAN di TRANSCRIPT EXAM!

Monday, January 2, 2012

Salam,

Alhamdulilah dah masuk tahun dengan angka yang baru 2012!
Btw, after looked my diary yesterday, banyak gile AIM 2011 yang tak tercapai lagi. Yahh.. berjaya pown aku bagi 1/2 jer...
So this year, insyaallah i will make ALL MY PLANS@DREAMS become a REALITY. Insyaallah :)

Okay. Alhamdulilah after Exam hari tu aku pergi ke Perak melawat keluarga angkat disana. Yahh.. environment disana sangat best. heee... nak-nak sekarang tengah musim padi berisi.. memang cantik pemandangan ciptaan ALLAH. SUBHANAALLAH. Dengan menaiki train pukul 8.30 pg aku sampai sana dalam 4.00 petang. Penat OoOoOOO berlama-lamaan dalan train. Tapi, pemandangan ciptaan ALLAH sangat cantik... kalau ada camera aku dah snap banyak-banyak. Kat sana tak lama pown. 3 hari je, then going back to KL.