t.H.A.N.k y.O.u for spend your time to read this yawnful BlOG.

Thursday, August 4, 2011

RAMADHAN QAREEMM

Salam.
Did u know that, when someone say "ramadhan qareem to us, we NEED to REPLY "ALLAHUAKRAM". So guys i just want to say, AHLANWAHSAHLAN ya RAMDHANNN.
Today is a FORTH day of Saumm (fasting in arabic term). And this is 2nd time i am fasting at CFS IIUM Nilai. Ermm... ALLAHUAKHBAR. Only ALLAH knows what his plan. I learn too much things here. ALHAMDULILAH.

Dulu ak selalu bertanya, WHY i need to learn ARABIC?? it SOOOO difficult to me that do not have a basic.
BUT.... now when you can suddenly translate Quranic Ayyahh reciting in anywhere.. RASA MACM NAK NANGIS. Walaupun x semua, but at least i know what i learn.
Sebab tu lah as a MUSLIM we need (NEED) to learn "bahasa syurga" ni.

Hope that One day, Arabic Language ARE COMPULSORY to all Muslim students whether In Primary or Secondary School. (dah ada lagi satu penguasaan bahasakan)..
p/s: sebnrya sajer jer.. nanti kalau masuk UIA x adalah rasa susah macm aku. HAHA.

SEBAB APA KENA BERPUASA?

Okay! Kenapa aeh? Tau lah wajib kan.. but WHY haa?
Kat Malaysia ni kan.. dari kechik kita diajar berpuasa.. then time buka punyalah penuh meja tu untuk iftor (berbuka puasa). itulah yang kita tau, BILA BULAN RAMDHAN semua org puasa, kita pown kena lah juga puasa. WAJIB. bila tnya kenapa WAJIB? dalam Ayat Al -Quran dah Nyata... Katanya.
Selain Bazar, (yang popular sangat Bazar TERPANAJANG kat mana2 tu: terkenal juga denagn Roti john and Ayam perciknya. (terliur plak. makruh puasa.. shuhh100x. jauh kau dari aku. hihi!) and apa yang aku tau kita kena gi Terawih. Tapi kenapa tak ingatkan org kita supaya if bulan puasa, ketika di Bazar Ramdan tu TUTUP lah AURAT, rugi jer puasa then Kurangkan pahala puasa org lain. Sukalah tu kena gesel2 kat Bazar tu kan..!! Ewww... please lah. Puasa tu Luas amal dan Maknanya kan. pergilah Google. Jangan MALAS "org Melayu".

Tapi...
This is what i just Know, sekadar perkongsian:

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan akal, maka Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah s.w.t., kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah s.w.t. menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah s.w.t. menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah s.w.t. menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah s.w.t. mewajibkan puasa.

MORAL OF DAA STORY: Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan musnah.

(p/s: Terjumpa ni masa nak cari TAZKIRAH untuk sampaikan nanti)

So again, SELAMAT BERPUASA SEMUA. Yang Penting niat. :) kita apa yang kita niatkan.

No comments:

Post a Comment