t.H.A.N.k y.O.u for spend your time to read this yawnful BlOG.

Saturday, March 30, 2013

Melawan SYAITAN!

Salam readers.

Kaifahaluka?

Pernah tak sedang kita solat selalu saja fikiran kita memikirkan duniawi? Apa nak buat lepas ni? nak makan apa ek lepas ni? teringat perkara-perkara lepas? maka terbayanglah semua tu di kotak minda kita yang tanpa kita sedari kita sudah jauh terpesong dari tujuan solat kita iaitu mendekatkan hati kita pada ALLAH SWT. Tapi yang peliknya, usai sahaja solat kita tadi tak ada pown kita terpikir hal tersebut. INGATLAH, itu semua adalah tipu daya syaitan yang perlu kita LAWAN! Post kali ni adalah mengenai musuh kita syaitan. Untuk melawan syaitan kita hendaklah mengenalinya dahulu.

"Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". (Al-Hijr 15:39-40)

Dan ingatlah mengapa syaitan begitu beria-ia ingin menyesatkan kita bani Adam:

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina.Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu).Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;" (Al-A'raaf 7:11-18)

Kerana kesombongan syaitan itu sendiri!


Maka jom kita kenali SYAITAN. TAK KENAL MAKA TAK BENCI! :

[1] Syaitan atau juga Setan, (Arab: شيطان, Shaitan) merupakan kata sifat bagi menunjukkan sesuatu perkara yang jahat dan buruk. Syaitan terbahagi kepada dua iaitu Syaitan Jin dan Syaitan Manusia. Seperti yang diketahui dalam agama Islam, Kristian dan Yahudi, Syaitan Jin asalnya adalah salah satu golongan hamba Allah yang paling beriman dan amat taat,pintar,patuh dan kuat beribadah kepada Allah.Golongan syaitan ini yang diketuai oleh (Azazel)selepas ingkar dengan perintah Allah disebut (iblis laknatullah@devil of lucifer). Walau bagaimanapun, menurut Islam, Syaitan Jin diciptakan daripada api oleh Allah S.W.T. Disebabkan iblis ini menentang perintah Allah, dia diusir dari Syurga, kerana ingkar akan perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam sebagai penghormatan ciptaan-Nya yang mulia. Syaitan juga yang memyebabkan Nabi Adam dan isterinya Siti Hawa terkeluar dari Syurga, walaupun mereka telah diampunkan oleh Allah, dan bisikannya menyebabkan anak mereka Qabil membunuh Habil.


Syaitan merupakan golongan penghasut yang juga merupakan anak-pinak dan keturunan kepada iblis laknatullah.Namun begitu, Zaid bin Mujahid mengatakan iblis mempunyai 5 ekor anak (sebilangan mengatakan 7 ekor anak) dimana mereka ini mempunyai tugas jahat yang berbeza. Setiap dari mereka telah melahirkan keturunan yang lain hasil dari perbuatan zina antara mereka dan syaitan-syaitan betina yang lain. Anak-anaknya adalah:

1.Tsabr: Tugasnya adalah menggoda manusia berbuat maksiat ketika manusia sedang dalam kesusahan dan berada dalam kesedihan.Ketika manusia dalam kesusahan dan mendapat musibah, maka datanglah Tsabr dan kuncu-kuncunya membisik manusia agar melakukan segala kejahatan seperti berzina,bunuh diri,menghisap dadah,minum arak,berjudi supaya manusia itu terus leka dan jangan kembali kepada Allah.

2.A'war: Tugasnya adalah menghasut manusia supaya mendekati zina dan terus melakukannya dengan apa cara sekali pun.A'war dan pengikutnya akan menggambarkan keenakan dan keseronokan berzina dalam akal fikiran manusia dan mengobar-kobar kan nafsu.

3.Miswath: Tugasnya adalah menyampaikan berita dusta atau penipuan yang mampu menimbulkan kemarahan dan fitnah besar,agar manusia itu akan kucar-kacir,hilang pertimbangan dan saling tuduh menuduh sehinggakan menyebabkan pertempuran yang hebat dan dahsyat.

4.Dasim: Tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan,mudah marah, dan permusuhan.selalunya dalam kes rumahtangga dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan.

5.Zaknabur: Tugasnya adalah memastikan dunia ekonomi dan perniagaan akan tergugat.menghasut para pedagang agar sentiasa tamak dalam mengaut keuntungan,kecurangan dan penipuan dalam muamalah(perhubungan).Memastikan pengurangan dalam timbangan dan bekalan,kelumpuhan ekonomi melalui sistem inflasi.serta merupakan pengajak utama manusia dalam melakukan riba(bunga atau faedah dalam perniagaan).

6.Khanzab: Menghalangi umat Islam dalam melakukan solat,menggangu umat Islam dalam melakukan solat(sembahyang).serta mencari jalan agar dapat menyebabkan manusia tidak akan dapat menyembah Allah dan mengelakkan agar sembahyang menjadi sempurna.

7.Walhan: Menggangu umat Islam agar sentiasa was-was dalam berwudhuk (bersuci sebelum melakukan sembahyang) .Ini akan menyebabkan umat Islam tidak sah dalam solatnya.Wuduk merupakan kepentingan yang amat perlu dititik beratkan sewaktu beribadah kepada Allah.Walhan juga,menyebabkan manusia agar sentiasa membazir dalam menggunakan sesuatu perar atau benda.



[2]Daripada buku nukilan Fathi Yakan, "Apa erti saya menganut Islam" yang aku baru habiskan, bolehlah dikongsikan beberapa tips untuk melawan syaitan ini atau erti kata lain "Kita dapat menguasai diri". Ini kesimpulan dan ringkasan dari aku jer. Isi kandungannya lebih dari ini. :


1. ISTIGHFAR:

"Sesungguhnya Iblis pernah ditanya oleh Nabi Allah Yahya bin Zakaria tentang tabiat perangai manusia menurut pandangannya:
Golongan yang sangat sukar untuk kami (syaitan) kuasai mereka ialah; apabila kami menemui salah seorang dari mereka dan kami berjaya memperdayakannya dan mencapai hajat kami tetapi ia segera memohon keampuanan (bila sedar) dan dengan istighfar itu rosaklah apa yang kami dapati darinya. Maka kami tetap tidak berputus asa untuk menggodanya dan kami tidak akan mendapati hajat kami tercapai."

Ingatlah kita bukanlah dari golongan nabi yang maksum dari melakukan dosa. Tetapi apabila tersedarnya kita dari kekilafan itu segeralah beristighfar. Semoga Allah tuhan yang penyayang lagi maha mengasihani mengampunkan dosa kita. Jadikan USAHA SYAITAN ITU SIA-SIA dengan ISTIGHFAR.



2. BASMALLAH:




Oleh itu setiap perilaku aktiviti seharian kita mulailah dengan mengingati ALLAH: BISMILLAHHIRAHMANNIRAHIM- Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.
RUGIKANLAH SYAITAN dikeliling kita ya!


3. HATI:

4. AKAL:

"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu" (Al Fatir:28)

Dengan akal lah kita dapat melihat dan memahami sesuatu, mampu membezakan dan dapat menyimpan sesuatu fahaman dari ilmu-ilmu di mana dengan ilmu itu kelak ia dapat menghampirkan diri dengan Allah.

5. TIDAK KENYANG:

Sabda Rasulullah saw:

"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam mengikut perjalanan darah. Oleh itu sempitkanlah pintu masuknya dengan kelaparan" (Hadis riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim)

6. MEMBACA AL-QURAN & ZIKIR:

"Sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya keatas hati anak Adam, maka jika ia mengingati Allah, ia pun lari daripadanya, jika sekiranya ia lupakan Allah, syaitan akan mengunyah hatinya." (Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya)

Oleh itu, perbanyakkan lah pembacaan tilwah dan zikir kita agar Allah sentiasa dekat berada di hati kita. Insyaallah.


7. TIDAK TERGOPOH GAPAH DALAM PEKERJAAN:

"Bergopoh-gapah itu adalah dari syaitan dan berhati-hati itu dari Allah" (Hadis riwayat Ibn Abi Shaibah).

Lihatlah apa yang akan terjadi jika kita terburu-buru dalam pekerjaan? banyak perkara yang mungkin berlaku. Contoh: apabila terlambat ke tempat kerja kita mula menyalahkan ahli keluarga kita, tertinggal barang dirumah, menyumpah seranah dalam kesesakan dan sebagainya. Kerana itu, TENANGlah. Insyallah, Allah membatu kita dalam segala hal. Waallahualam.

Itu sajalah yang ingin aku kongsikan bersama untuk entry kali ini. Semoga perkongsian ini mendapat keredhaan Allah.


RUJUKAN:

[1]: http://ms.wikipedia.org/wiki/Syaitan
[2]: Fathi Yakan. Apa erti saya menganut islam. ibookcentre. 2008