First of all aku nak minta maaf sebab masih lagi tak dapat nak update siri 2 'cuti sem' aku tu sebab still tak dapat bahan dari productive muslim. Yerlah, nak berkongsi ilmu ni biarlah datang dari sumber yang sahih. Lama jugaklah tunggu diorang kata nak send slide kat email. Tapi masih tak hantar-hantar :(
Apa pown entry kali ni aku nak kongsi kisah dan perjalanan aku ke Pulau Pangkor selama 2H1M atau secara tak officialnya 2H2M. hehe. Kenapa aku kata 'secara tak oficial?' jeng2x.. aku akan jelaskan kat bawah nanti. :)
PLAN PERCUTIAN:
Pada awalnya aku dengan geng2 IDC plan nak pergi ke Pulau Perhentian sebelum atau semasa CNY hari tu, tapi disebabkan kekangan masa kami memilih tempat yang lagi dekat iaitu Pulau Pangkor. Setahun kot merancang. Akhirnya terRealisasi jugak hasrat dan cita ini. Hehe. Kami pergi berlima (5) pada tanggal 15-17hb feb iaitu selepas CNY. Kami memilih untuk menaiki kereta. Senang nak bergerak kemana-mana nanti.
PERJALANAN:
Kami keluar daripada kampus dalam lebih kurang pukul 6.30 petang. Kenapa petang? Sebab salah sorang dari geng IDC tengah practical, so kena tunggu dia habis kerja lah. Lebih kurang pukul 7pm kami mula keluar dari Kl disebabkan kesesakan lalulintas. Perjalanan ke Pulau Pangkor ni kami pilih laluan LATAH yang akan melalui Banting, Kuala Selangor dan akan keluar ikut jalan lama ke Manjung. Kalau siang dan musim padi memang cantiklah sepanjang laluan ni dengan suasana bendang. Lagi-lagi kami pass by Kampung Kelip-kelip tu. Tapi sayang tak berkesempatan nak singgah. Selain tu korang boleh berjimat guna laluan ni. TOL dari KL sampai ke Perak RM6 jer dan ada banyak choices nak pilih restoran kat tepi jalan ni.
Aku sebagai Co-Driver memang tak boleh tidor lahkan... tapi memang sepanjang perjalanan kami rancak berbual dan bergurau x hengattt dunia. Memilih untuk jamaa' takhir di Masjid Kuala Selangor. Sempatlah Isyaa berjemaah sekali. Kemudian perjalanan diteruskan dengan perut yang berbunyi. Kami singgah makan di restoran SATAY HUT. Satay special kot. Kalau korang lalu wajib singgah untuk rasa satay dia yang besar kedabak tuuu. Perbelanjaan kami start dari dinner malam tu. Opss lupa nak bagi taw, kami kutip sorang RM200 termasuk duit minyak nak pergi Pangkor ni. Termasuk tol siap-siap lah.
Disebabkan hujan lebat sepanjang perjalanan tu, kami sampai Manjung around 12/1 am. Kami jalan-jalan kat Jetty Lumut dulu tengok-tengok suasana malam dan nak tengok jadual ferry esok pagi. Time tu hujan mula reda renyai-renyai. Dah tu apa lagi, kami balik rumah kawan kami di Manjung untuk ZzzZZ.
Jetty Lumut |
Seawal pagi kami dah keluar untuk ke jetty Lumut. Lebih kurang 8.30 kami dah sampai kat jetty. Terus beli ticket untuk perjalanan 9.00 pagi. (ferry ni setiap setengah jam baru ada). Harga ticket RM10.00 untuk pergi balik. So korang simpan baik-baik ticket tu untuk balik nanti walaupun diorang tak check pown balik nanti. Kat kaunter ticket nanti akan ada travel agency yang akan bukak table untuk sape-sape yang datang tanpa perancangan tu. Dont worry semua hotel/chalet ikut bajet korang mesti ada.
Perjalanan ferry lebih kurang 20minit kot. Tak tengok jam lah, sorry. hee...
So sampai-sampai jer kat Jetty Pulau Pangkor nanti korang mesti akan dihampiri dengan pemandu-pemandu teksi. INGAT, Harga maximum untuk keliling Pulau yang ditetapkan RM75 jer 1 van.. Korang jangan tertipu kena caj lebih pulak. Kalau korang pandai memujuk boleh dapat RM50 je. Yang penting kena pandai guna "Kuasa Pujukan Pengguna" haha. :P
Memandangkan waktu chek-in lambat lagi, jadi eloklah kita ronda-ronda Pulau. Kami berlima memilih untuk naik Van Pink Pakcik apa ntah. Kena caj RM60. Tak pandai lah nak pujuk memujuk ni! Kami dibawa ke Kota Belanda. Tinggalan sejarah penjajah. Kemudian dibawa ker tokong Fu Lin Kong dan dibawa ketempat pemprosesan hasil laut Pulau Pangkor. Sape-sape yang ada budget lebih boleh shopping kat situ. Tapi aku cadangkan shopping2 ni elok kat jetty Lumut jer. Sama jer harga pown dan tak membebankan bawa banyak barang kat ferry nanti macam rombongan 'cik kiah'. haha.
ronda-ronda pulau |
Dah habis ronda kami pown dihantar terus ke penginapan kami OMBAK INN. Tempahan dah dibuat dari bulan 1 lagi. Okaylah. Ombak Inn ni ownernya orang melayu. Mengikut kata travel agent yang aku sembang kat Lumut tadi dia kata owner ni ex-lecturer. Apa bestnya Ombak Inn? dia style kampung-kampung gitu. caj semalam untuk bilik standard macam kami cuma RM120.00. Ahamdullilah kami boleh check in awal lebih kurang 11.30am (standard 2pm).
Ombak Inn |
Dah check in kami cepat-cepat masukkan barang semua tengok-tengok bilik terus keluar nak survey for island hoping and snorkeling. Banyak tawaran. Korang kena pandai pilihlah. Akan ada banyak-banyak payung diorang bukak for that. Untuk 1person include alat untuk snorkeling+roti untuk ikan+safety jacket+boat+island hoping RM 10. Ada yang RM15. Ada yang ikut total boat jer RM40. So kalau pergi ramai-ramai bestlah sebab boleh bahagi2 jadi murah.
Apa pown kitaorang pilih yang RM10/per. Korang akan dibawa island hoping dan akan ditinggalkan seberapa lama yang korang nak kat pulau snorkeling nanti. Call jer diorang bila korang dah habis dan puas snorkeling diorang akan datang ambil. Subhanaallah sangat cantik ciptaan Allah kita dapat lihat nanti. Btw nanti ada track untuk keseberang bukit. Korang cubalah jalan-jalan keliling Pulau untuk snorkling. Pemandangan setiap kawasan lain-lain. REMINDER: kat snorkeling tu nanti akan ada timun laut, karang, and landak laut. JANGAN PIJAK! So sesiapa yang really tak reti berenang tu aku sarankan pakai crocs or shoes ker mase berenang tu nanti. Sebab in case kawan aku terpijak landak laut habis kaki dia kena susuk landak laut. Tak pasal2 injured. So kitaorang kat laut tu sampai pukul 5pm.
island hoping+snorkeling |
snorkeling area |
Ikan Kerapu 3 rasa = RM 35
Sotong masak kunyit = RM 17
Kerang =RM 5
nasi 2 mangkuk/air suam berpasir = RM 13 (better korang beli air meneral kat kedai runcit tu dari minum air suam berpasir, serius!)
Actually kitaorang adalah order lain jugak macam tomyam, telur, sayur kangkung tapi dah lama tunggu tak siap-siap. Apa lagi CANCEL jerlah order tu. Diorang Tak buat lagi pown walaupun dah 30minit kitaorang tunggu. Sabarjerlah!
Alhamdullilah kenyang perut.
Before nak balik tu kitaorang ada bumgkus sotong kankung RM 7.00. Boleh lah buat kunyah-kunyah sambil gosip kat anjung chalet nanti. :P
2nd DAY:
Lepas subuh jer aku dah gi jalan-jalan kat pantai. Best! Tak ramai orang.
Memandangkan hari ni hari terakhir aku kat pulau, aku decide nak mandi sepuas-puasnya kat pantai. Alang-alang dah gelap, biar gelap habis. hehe.
Kitaorang decide nak gi mandi jauh sikit dari chalet tu. 5-10 minit jalan kaki jer pown. 'Pantai cuci mata' sebab petang-petang ramai foreigners kat situ berjemur. haha.
Kitaorang breakfast kat tepi pantai jer pown. Beli nasi lemak bungkus RM1.2 dengan cekodok RM1 for 7ketui. Sangat best breakfast ala-ala picnic ni. (bawa tikar best oo..)
keindahan pagi di Pulau Pangkor |
Pukul 9am kitaorang dah balik bilik untuk siap-siap bertolak pulang. Kitaorang check-out pukul 10am. Call pakcik taxi semalam untuk ambk kitaorang kat chalet. Cost taxi RM16 lepas pujuk rayu dari RM20. huhu. Naik ferry pukul 10.30am.
Sampai kat lumut, kitaorang letak barang kat kereta dan pergi jalan-jalan for 'shopping time". Aku tak adalah beli apa sangat pown, just sotong gula tu jerlah untuk bagi kat kawan-kawan terdekat sebagai ole-ole dari pangkor.
Lebih kurang sampai pukul 1pm kot kita orang kat Lumut minum cendol bagai. OTW nak balik rumah member aku kat Manjung tu for lunch kitaorag singgah sekejap kat Hutan Paya Bakau. Subhanallah, sekali lagi aku terpegun dengan kedamain dan keindahan ciptaan Allah SWT.
hutan paya bakau |
Lepas solat dan makan kenyang-kenyang, kitaorang pown plan nak gerak dah. Kitaorang gerak dari rumah member aku tu lebih kurang 3pm. Macam biasa kitaorang pilih untuk ikut laluan LATAH. Murah dan best! hehe...
Dalam perjalanan balik ke KL kitaorang ada lalu Teluk Intan, so sempatlah buat site visit ke Menara Condong. Hari minggu macam ni bukak sampai pukul 6pm. Hari biasa sampai pukul 5pm jer.
menara condong |
Alhamdullilah. Pengalaman yang insyaallah tak akan dilupakan. BTW kitaorang dapat baki RM70 seorang. So total cost untuk perjalanan percutian kali ini RM130.
Okaylah. Sekian saje cerita dari aku. Salam and adios ;)