t.H.A.N.k y.O.u for spend your time to read this yawnful BlOG.

Friday, January 25, 2013

Cuti Semester (Part 1)

Salam readers,


Dah lama rasanya ana x update blog ni. *eh! ana? haha. rasanya kita perlu luaskan penggunaan bahasa lain jugak kot. hehe :P

Entry kali ni aku nak kongsikan pengalaman cuti sem. Bukanlah pengalaman pown sebenarnya, cuma nak berkongsi apa yang aku lakukan dalam 2 minggu cuti ni yang masih berbaki lagi seminggu. 


(started now aku akan mulakan untuk menjadikan blog ni as my diaries too memandangkan aku ni dah makin nyayuk. At lest by reading back my own journal in this blog boleh membawa aku mengimbau semula hari kejadian kan?
Alhamdullilah, kertas aku habis awal semester ni. Last paper adalah paper Macroeconomics. Hope everything will be fine! Insyaallah. Kalau sem lepas boleh hack nak tengok result, tapi disebabkan kebengapan sesetengah student UIA yang hebohkan cara-cara meng'hack' di FB menyebabkan pihak IT dah kawal sistem dengan baik. Benggang jer rasa. tapi, memang salah pown kan :P hee.


MUKHAYAM (CAMPING)


Camp yang dinamakan YOQ: Young Outdoor Quest diadakan di Hulu Langat jer pown. (x ada tempat lain kan -.-" ) 3hari 2 malam. Alhamdullilah banyak perkara yang aku belajar dan dapat dari camp ni. First, mestilah kawan-kawan baru. Kebanyakan yang ikut camp ni memang aku tak kenal. Tapi bila kenal mereka sangat lah baik. Terutama fasi ana. hee ;) 
Aktiviti?

1st Day:
-Ice Breaking
-Khidmat masyarakat ala-ala baktisiswa lah lebih kurang. Buat kat belakang UIA jer, Kat kampung-kampung sekitar Batu 8. Yahh, apa yang aku belajar dari pengalaman ni ialah kita mahasiswa atau syabab (pemuda) harus memainkan peranan membantu masyarakat. Sebagai seorang muslim ana rasa salah satu contoh dakwah adalah berbakti pada masyarakat. Mengenali secara dekat. Bila dah kenal secara dekat maka mudahlah kita hendak menyampaikan dakwah tu sendiri. Kebanyakan yang tinggal kat kawasan ni orang susah. Yerlah duduk kat pinggir bandar kan. TAPI, sikap kejiranan masih utuh. Alhamdullilah. 
Ana pergi 3 rumah:
1st ketua kampung. Ya, ketua kampung yang sangat humble. Walaupun kami  memujuk untuk memberi khidmat membersihkan rumah beliau, beliau menolak semahunya kerana mahu kami semua ke rumah penduduk lain yang mungkin lebih memerlukan. Dari situ ana dapat ibrah bahawa untuk menjadi seorang pemimpin, kebajikan orang lain harus diutamakan kerana Amanah itu nanti akan disoal ALLAH di akhirat kelak. Bagaimana kita semua? Amanah sebagai anak, jiran, pelajar atau pemimpin society? sudah cukup dijaga ke?
Rumah kedua yang group ana pergi adalah rumah sepasang suami isteri yang sudah bersara. Bersih rumahnya. Kami hanya berborak dan beramah mesra disini kerana pakcik and makcik ni tolok pelawaan perkhidmatan kami sebab kata mereka sejak selepas subuh mereka berdua akan siapkan semua kerja rumah. Jadi.. tiada apa yang boleh dibantu katanya. Jadi kami focuskan tugasan kami disini untuk beramah mesra sajalah ya. Bertanya tentang kehidupan. pengalaman, pendidikan dan agama. Kemudian, kami bergerak kerumah ke-3. Disinilah bermulanya..... (jeng2x.. :P)
Dirumah ke3 adalah sebuah keluarga kecil yang bahagia ana rasakan. Mempunyai 2 orang anak dimana yang sulung masih di tadika. Bapanya seorang pembawa lori. Jadi pendapatan depends pada berapa banyak lori atau sebesar mana lori yang dibawa. Abang ni mempunyai banyak pengalaman hidup yang dikongsikan bersama kami semua. Tentang kehidupannya. Betapa kita harus bersyukur dengan pemberian ALLAH pada kita sedangkan orang yang kurang dari kita masih bersyukur pada nikmat ALLAH kerana mereka yakin ada lagi yang mempunyai hidup yang susah. Disini kami memulakan khidmat sosial kami. membersihkan halaman rumah mana yang termampu ;)
Kemudian setelah complete-nya misi, kami semua berkumpul di Masjid untuk membersihkan masjid pula. Kemudian makan tengah hari dan solat serta majlis penutup. Kami bergerak menaiki 2 buah bas dan beberapa buah kenderaan persendirian ke tapak camp.
Kerana kepenatan ana tertidor dalam bas. Buka mata jer dah sampai camp. Asalnya nak tidor dalam khemah, tapi disebakan cuaca tidak mengizikan kami ikhwah ni terpksa berpindah tidor dalam satu hall kecik bertilamkan tikar nipis dan berbantalkan tangan sendiri. Sebelum tidor kami dihidangkan dengan sedikit pengisian.

ikhwah dari group ana. Dirumah ke3
bakti syabab :P

2nd Day:
Hari yang banyak disisi dengan outdoor aktiviti. Jungle tracking, pertandingan berhalangan, and skill. Malamnya pulak ada treasure hunt lah gitu. Yahh agak letih. Tapi serius BEST!!! Kat sini ana dapat peluang memanah okay. 1st trial tepat kat bulatan tengah kuning tu. TEPAT! haha. 2nd and 3rd tersasar sikit dari kuning tu. Tapi Still Okay lah kot, heee. Alhamdullilah banyak ibrah (pengajaran) yang ana dapat. Paling best camp ni makan dalam talam taw. Pengalaman yang bagus kerana mengalakkan kita untuk sharing makanan kita. So, ana sentiasa kenyang walaupun rasa makan macam sikit je. :P Waktu tengah makan ni ana ada terfikir alangkah bagusnya jikalau ana buat program bersama family or BBF ana dan kami makan dalam talam. Boleh mengeratkan silaturahim. :) emm... gud idea right? 
Ikhwah bermathurat di sungai

3rd Day:
wajibat
Pagi2 setiap hari di camp ni kami akan berqiamulail. Alhamdullilah. Kalau ana memilih untuk tidak pergi maybe ana dah tidor gajah kat rumah ni. hehe. Pagi tu kami semua meghafal wajibat iaitu surah al-ahzab ayat 70-73 serta hadis mengenai kepertanggujawaban setiap orang. Good to memorise and beneficial from it. Kemudian ada sedikit pengisian dan juga majlis penutup. Hari ketika perpisahan berlaku ana rasa 'eh, dah habis?' rasa macam tak puas lagi. Kami bersalaman. Muka nampak memang tak sedih tapi dalam hati ada taman taw. Rasa macam sayang sangat nak berpisah dengan ikhwah2 yang baik dan diredhai Allah semuanya ini. :( sob2.
Majlis perpisahan


Sekian di Camp.

Next entry ana nak berkongsi mengenai ilmu yang ana dapat dari mengikuti seminar 'Productive Muslim' yang diadakan selama 2 hari di main Audi IIUM. Disampaikan oleh Bro Faris aka Abu Productive (boleh google or facebooking) and our beloved Prof, DR Muhaya. Insyaallah. Banyak ilmu yang hendak dikongsi bersama antum semua mengenai rahsia pengurusan hidup kita- solatnya, dietnya, tidornya, sosialnya dan schedule-nya.