masa aku tengah lipat baju kat bilik study tadi.. tetiba plak teringat kisah ak kat Mid Valley masa mula-mula masuk CFS IIUM ni.. tragis sungguh.. (hai.. malang sungguh ingat-ingat balik ni) huhu..
kisah apaa???
"KISAH BEG AKU HILANG"
Sungguhlah bodoh pencuri tu kerana mencuri baju-baju aku dan dokumen-dokumen masuk universiti aku..
tak pasal-pasal.. semua dalam tuu baju baru.. hua :'( baju
limited edition CFS (TAWEE T-Shirt) pown dalam tu.. huhu
p/s: although people said that shirt look like a uniform "makchik cleaner kat Melaka Mall ".. ada aku kisah?!! baju tu dah lah baju batch.. benci!!!!
tapi aku bukan lah nak kongsi citer pasal tu. tapi nak share ngan korang
story mase kat Balai... walaupun citer ni dah lama
#first story
PENCURI JJ
waktu sampai kat Balai tu ada lah sorang makcik ni.. berdiri kat belakang kaunter polis.. aku ingat dia ni makcik
cleaner kat balai tu.. rupanya haram kejadah.. mencuri waktu hari sabtu.. di mana?? di Jaya Jusco (pusat beli belah kebanggaan keluarga.. huhu) itu lah dia hari terbaekkk... "hari tanpa beg plastik".
satu guni dia curi.. yang dia bayar cuma Baju dalam sehelai tak silap.
p/s: hahaha.. aku tak tau apa yang dia bayar.. tapi.. satu jer lah.. huhu :P
next: diiring ke LOKAP Dang Wangi.
ciri2 :- makcik pertengahan
pakai tudung and baju lengan pendek
ada laki (suami)
bangsa :- Negara BERHIJRAH teramai di Malaysia (paham-paham sendiri lah)
#2nd Story
CT SIMPLY
Haa.. ni cerita jenayah Commercial.. huhu
seorang gadis sunti.. (suntilah sangat) dah ditipu oleh sekumpulan individu yang mengaku sebagai Kru pencarian Model untk produk CT Simply (x taw lah ejaan nyer) yang dimiliki oleh bintang hiburan negara Datuk Siti Nur Haliza..
waktu dia ni nak tukar baju tu.. dia kenalah tanggalkan semua barang kemas and segala beg dan handphone. kena lah letak kat dalam satu bakul (kalau ak jadi dia ni.. ak x lah benggap sangat nak letak semua barng kat dalam bakul tu)...
then bila dia kuar jer dari bilim persalinan.. semua lesap..
jeng-jeng... ish..
nak tau lagi apa nextnyer??
tanya sendiri kat orang tu..
p/s:- ak dah keletihan hari tu.. tapi still cool.. sebab x ada barang berharga sangat dalam beg tu. tapi memang bodoh kalau dia buang Beg tu.. cis! pencuri @#$#@%&*!! but still menyusahkan hidup aku.. sbb semua barg adalah penting